Earnings Google Adsense Bulan Januari 2011

>> Wednesday, March 16, 2011


Assalamualaikum. Pertama sekali syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan kurniaNya saya kembali bersemangat untuk teruskan perjuangan dalam bidang penghasilan blog dan menjana sedikit wang darinya. Dengan "mood" yang di beri saya kembali bersemangat untuk terus menjadi "Blogger" separuh masa di kala masa lapang. Walaupun saya melibatkan diri dalam Google Adsense hampir 2 tahun, namun ianya cukup berbaloi kerana baru saya sedar akan kelebihannya sekarang.

Pada bulan 11/2010 saya mulakan balik hobi saya ini untuk terus mengupdate blog yang saya sudah tinggalkan selepas mendaftar pada bulan 5/2010 disebabkan oleh kesibukan kerja hakiki. Satu blog saya iaitu blog .com menggunakan Wordpress (maaf saya tidak akan mendedahkan nama blog saya untuk tujuan privasi "niche") yang saya lihat mempunyai nilai potensi yang baik, walaupun pada masa itu saya tinggalkan hanya dengan "5 Posting" yang tidak sempurna. Saya melihat nilai potential visitor yang masuk amat baik kerana ianya datang kebanyakkan dari Search Engine. Akaun Adsense saya juga terus menghasilkan sedikit wang walaupun blog itu tidak diupdate selalu. Akhirnya saya nekad untuk teruskan update blog itu.

Pada bulan 12/2010 saya mula setting dan posting. Alhamdulillah saya melihat terdapat banyak perubahan. Earnings Adsense saya mula meningkat naik. Ianya memberi saya satu semangat baru. Visitor yang masuk pun terus meningkat.

Berikut adalah Earnings Google Adsense pada bulan Januari 2011 yang mana ianya terkumpul sebanyak $11.38 USD yang bersamaan dengan RM34.14. Ini merupakan petanda yang baik walaupun sedikit sentuhan sahaja dibuat. Jadi ianya membuatkan saya lebih yakin bahawa saya juga mampu untuk menjana sedikit wang dengan Google Adsense!

Saya akan kongsikan lagi berkaitan Google Adsense kepada anda secara PERCUMA! jadi nantikan ia. Terima kasih.


Cikgu Pijie
cikgupijie(@)gmail.com



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP