Showing posts with label Google Adsense. Show all posts
Showing posts with label Google Adsense. Show all posts

Payment Google Adsense Mei 2011- RM301.88

>> Friday, May 27, 2011

Assalamualaikum. masa posting ini ditulis saya sekarang berada di negeri asal saya, Kelantan negeri tercinta! :). sebenarnya saya sudah lama ingin menulis entry ini tetapi saya sangat sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Oleh sebab itu entry ini tertangguh. :). Sekarang saya dalam "school holiday" jadi saya mempunyai sedikit masa untuk menulis di blog terutama utk mengepost entry ini. :)

Berbalik kepada tajuk entry ni, saya menerima Payment dari Google Adsense setelah hampir dua tahun saya mengkaji dan mencuba untuk membuat duit dari Google Adsense ini. Akhirnya, pada akhir bulan Mac 2011, earnings saya sudah cukup $102.84 USD..jadi Pada April 2011 earnings ini di finalized then barulah pada awal bulan Mei 2011, iaitu pada 9/5/2011 saya widraw earnings Adsense saya ini di bank BSN, di Serian Sarawak. Alhamdulillah... :). Selepas cukup $102.84USD pada akaun saya tercatat report seperti dibawah pada akaun Google Adsense saya.... :)


$102.84 USD (klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih besar dan jelas)

Pada mulanya, di tempat saya bekerja iaitu Simunjan, Sarawak cuma ada Agro Bank, tetapi saya agak hampa kerana di Bank ini tidak ditawarkan Perkhidmatan Penerimaan Wang Western Union, menyebabkan saya bergegas ke Bandar Serian, Sarawak untuk widraw duit Adsense ini. Perjalanan dari Simunjan-Serian mengambil masa 1 jam 30 minit. Berikut adalah screen shot di mana borang Western Union BSN yang telah siap di isi.. :).

(klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih besar dan jelas)

Selepas kerani BSN itu memproses Borang Western Union ini, selepas semuanya Approve dia pun mencetak la Statement Payment yang dibuat..Pada masa itu USD jatuh teruk...rates pada masa itu adalah 1 USD=RM2.93. Setelah dikira dan di convert kepada RM, akhirnya $102.84 X 2.93 = RM301.88 ! Berikut adalah statement dari bank tadi....:)

(klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih besar dan jelas)

Berkat kesabaran saya setelah hampir 2 tahun dalam bidang ini agak berbaloi. Saya tidak sangka kerana daripada internet juga saya mampu untuk membuat sedikit uang... :). Walaupun saya tidaklah terlalu fokus kepada Google Adsense. Ianya adalah hobi pada masa lapang saya sahaja!, namun saya juga mampu cipta sedikit kejayaan :). Lihatlah hasilnya... payment daripada Eanings tadi...Alhamdulillah... :)

(klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih besar dan jelas)

Payment yang seterusnya InsyAllah pada August ini... InsyAllah.. :). Sesiapa yang ingin menjana Wang Adsense ini, bolehlah mencari saya di laman Facebook, dengan kata kunci nama saya Mohd Hafizee Musa (Cikgu Pijie).

semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya.. InsyAllah. Assalamualaikum.

** P/s : perkongsian ini adalah ilmu semata-mata, bukan tujuan untuk riak dan menunjuk-nunjuk. harap maklum. terima kasih.

Cikgu Pijie
cikgupijie@gmail.com









Read more...

Adsense my 2nd Income!

>> Saturday, April 30, 2011


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para Followers blog saya ini. saya amat hargai akan sokongan anda. terima kasihx1000.....:).


Saya sebenarnya perasaan gembira yang bercampur baur sebenarnya...kenapa? kerana pada bulan ini (Mei 2011) saya akan menerima gaji pertama saya dengan Adsense. Segala penat lelah saya belajar, masa yang dihabiskan, penantian yang sangat menyiksakan, akhirnya saya dapat apa yang saya mahukan pada bulan ini. Saya merasakan sangat gembira kerana apa yang saya buat ini berhasil. setelah bertahun lamanya, ada turun naiknya, saya tidak pernah berputus asa, kerana saya yakin saya juga mampu berjaya mcm orang lain juga. Ini adalah perkara yang saya amat nantikan juga.

Ini lah yang dinamakan rezeki. Saya tidak lah begitu fokus akan benda ini kerana saya buat ini sebagai suatu hobi di masa lapang sahaja. Kerja hakiki saya, saya tidak pernah abaikan. Di sini lah pentingnya jika kita fokus akan kerja kita, mempunyai matlamat yang jelas, mutu kerja yang bagus, InsyAllah kita akan diberikan ganjaran yang sewajarnya jelas bersandarkan pada apa yang telah kita berikan. Sememangnya suatu yang berbaloi yang dapat saya gambarkan disini.

Saya amat berterima kasih, terutamanya kepada Isteri tercinta (Nor Adilah bt Abd Ghani), yang tidak pernah henti2 utk berikan sokongan kepada saya.... yang paling saya hargai juga adalah sifu saya, saudara Syed Ikhwan. Beliaulah yang byk membimbing saya, memberi khidmat nasihat, memberi kata2 perangsang semangat kepada saya walaupun saya pernah ada motivasi yang pasang surut. Beliaulah yang banyak membantu saya. Saya amat hargai beliau. tanpa beliau saya rasa saya tidak akan dapat belajar sesuatu disini. Terima kasih syed!

Saya tanamkan dalam diri saya supaya saya mampu buat lebih baik dari ini. Ia membakar semangat saya untuk teruskan meningkatkan Earnings Adsense saya ini. Semoga Adsense menjadi sumber kewangan saya yang ke-2. InsyAllah.

cikgupijie
cikgupijie(@)gmail.com

Read more...

Esok Balik Sarawak, Adsense dh cecah $91.53 USD!

>> Thursday, March 17, 2011


Salam...sementara menunggu Isyak saya membuat print screen terkini Google Adsense yang terkumpul sekarang (17/3/11 - jam 7.30pm). Alhamdulillah dah cecah $90 Dollar... lagi lebih kurang $8 Dollar untuk genapkan kepada $100 sebelum payment dibuat. Begitu teruja dengan peningkatan bilangan visitor ke blog saya dan bilangan klik juga bertambah...terima kasih buat para Visitorku!!!hehe...

Besok bermulalah perjalanan balik ke Sarawak... esok saya bertolak ke Kuching jam 4.30pm... rasa sekejap juga cuti sekolah..xsedar dah seminggu berada di Kota Bharu. X sedar masa berjalan kerana bagi saya tinggal di kampung adalah yang terbaik..makan2 sedap2..huhu... Tunggu bulan 6 pulak balik bercuti... Yang seronoknya bila bercuti tapi "Blog2 Adsense (bukan blog nie)" masih lagi bekerja tanpa henti.... jadi pedoman untuk kekuatan semangat saya, saya selalu setkan minda saya supaya sentiasa berkata.........

"Internet tidak akan tidur...setiap masa dan ketika ia memberikan saya $$, walaupun saya tengah tidur lena dibuai mimpi..."

Berbalik kepada cerita tadi, dalam dua tiga hari nie internet Digi sangat perlahan di sini, harap besok bila kembali ke Simunjan saya harap saya dapat kembali mengupdate blog2 Adsense saya..kerana bagi saya setiap kali update dibuat selagi itulah nilai Earningsnya bertambah.... InsyAllah saya akan kongsikan Tips2 Google Adsense buat rakan2.. Tunggu je la nanti...

Salam..

Cikgu Pijie
cikgupijie(@)gmail.com

Read more...

Earnings Google Adsense Bulan Januari 2011

>> Wednesday, March 16, 2011


Assalamualaikum. Pertama sekali syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan kurniaNya saya kembali bersemangat untuk teruskan perjuangan dalam bidang penghasilan blog dan menjana sedikit wang darinya. Dengan "mood" yang di beri saya kembali bersemangat untuk terus menjadi "Blogger" separuh masa di kala masa lapang. Walaupun saya melibatkan diri dalam Google Adsense hampir 2 tahun, namun ianya cukup berbaloi kerana baru saya sedar akan kelebihannya sekarang.

Pada bulan 11/2010 saya mulakan balik hobi saya ini untuk terus mengupdate blog yang saya sudah tinggalkan selepas mendaftar pada bulan 5/2010 disebabkan oleh kesibukan kerja hakiki. Satu blog saya iaitu blog .com menggunakan Wordpress (maaf saya tidak akan mendedahkan nama blog saya untuk tujuan privasi "niche") yang saya lihat mempunyai nilai potensi yang baik, walaupun pada masa itu saya tinggalkan hanya dengan "5 Posting" yang tidak sempurna. Saya melihat nilai potential visitor yang masuk amat baik kerana ianya datang kebanyakkan dari Search Engine. Akaun Adsense saya juga terus menghasilkan sedikit wang walaupun blog itu tidak diupdate selalu. Akhirnya saya nekad untuk teruskan update blog itu.

Pada bulan 12/2010 saya mula setting dan posting. Alhamdulillah saya melihat terdapat banyak perubahan. Earnings Adsense saya mula meningkat naik. Ianya memberi saya satu semangat baru. Visitor yang masuk pun terus meningkat.

Berikut adalah Earnings Google Adsense pada bulan Januari 2011 yang mana ianya terkumpul sebanyak $11.38 USD yang bersamaan dengan RM34.14. Ini merupakan petanda yang baik walaupun sedikit sentuhan sahaja dibuat. Jadi ianya membuatkan saya lebih yakin bahawa saya juga mampu untuk menjana sedikit wang dengan Google Adsense!

Saya akan kongsikan lagi berkaitan Google Adsense kepada anda secara PERCUMA! jadi nantikan ia. Terima kasih.


Cikgu Pijie
cikgupijie(@)gmail.com



Read more...

$8.96 Earning Adsenseku !!

>> Wednesday, April 7, 2010


Salam.. Hari ini saya agak sibuk kerana banyak kerja yang perlu disiapkan dengan bina kertas soalan ujian topikal 2 kimia lagi, pendaftaran pengakap sekolah, in-house training pengendalian alat radas makmal lagi...pening2.. hari2 kerja bertambah, pikir tue, habis buat, ada lagi datang..fuh...:((

Namun itulah lumrah hidup seorang guru.... asam garam seorang guru.. sapa cakap guru kerja senang?? cuba try tgk...Terpaksa kena kuatkan semangat... walaupun mata, kepala, otak asyik berfikir akan kerja... kerja kerja.. hari2 kerjaa...lalalalalala...

Namun untuk melepaskan tension, saya buka la earning adsense yang sudah beberapa bulan bereksperimentasi, wow! dah $8.96.. urm.. $8.96 X 3.5 = RM31.36.. ini betul2 duduk diam dapat duit..hehe..ceria sedikit..tapi belum berpuas hati lagi, saya ingin terus keep searching lagi... memang betul2 boleh buat duit GA nie... :)).

Target $2-$5 per day jadila....!! wow.. (Doakan saya..hehe :))) ).... oh.. GA!!

Oklah setakat ini saje pada malam nie.. kepala sedikit pening...nak teruskan buat kerja jap... nanti sambung edit blog...

Salam sejahtera...Assalamualaikum.
cikgupijie(at)gmail.com



Read more...

$0.07 je Earning Adsense?..boleh la..

>> Sunday, April 4, 2010


Salam. pertama sekali dalam blog saya ini saya membuat screen shot untuk earning adsense saya yang ciput..huhu.. bukan senang upenya nak buat benda ini... huhu

Pernahkan korang pernah mendengar akan Google Adsense?? Jana pendapatan dengan Google Adsense?? mungkin ianya pertama kali bagi anda kan.. :))

Ok.. senang cerita Google Adsense ni adalah Pengiklanan dari Pakcik Google yang ditawarkan kepada para blogger. Bayaran adalah berdasarkan berapa "Klik" iklan pada satu hari. Jika Blog anda itu ramai pelawat dan anda tampalkan iklan Google Adsense anda, bila aje pelawat klik, anda akan mendapat earnings dari akaun Google Adsense anda..wow!!! Menarik bukan!!!! :))

Tapi ianya bukan semudah yang disangkakan... saya pun dah setahun cuba masih lagi belum dapat-dapat... tgk la kat atas $0.07 sen jer..huhuhu... bygkan orang yang sudah lama berjinak dalam Google Adsense mendapat $1, $2 malahan $1o++ dalam sehari...wow!! menarik..:))

Apa yang penting disini adalah creativiti dalam penghasilan Blog yang menarik dan tersusun dan profesional... Saya cuma jadikan sebagai experimentasi jer... sebagai hobi pada masa lapang... bukan nk kaya dari nie pun..huhuhu...

Tapi kalau korang nak belajar teknik Google Adsense nie secara basic, bleh la saya ajarkan mana yang saya tahu...huhuhu...

k jumpa lagi..

cikgupijie(at)gmail.com

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP