Showing posts with label Panduan Blogger. Show all posts
Showing posts with label Panduan Blogger. Show all posts

Jom Buat Duit Dengan Pay Per Download!

>> Tuesday, April 27, 2010



Salam sejahtera. Pada hari ini saya ingin berkongsi satu tips Buat Duit di Internet untuk anda yang selalu melayari internet. Tidakkah anda terfikir bahawa ada syarikat yang menawarkan hosting untuk membayar kepada anda keatas file yang dikongsikan anda dan didownload oleh orang ramai di internet. Saya panggil benda ini sebagai Pay Per Download kerana bila sahaja file anda ada orang download, anda akan mendapat earnings setiap kali orang mendownload file anda. Tidakkan itu menguntungkan anda??? tidaklah anda membazir masa seharian sahaja dan tidak pernah menguntungkan anda.

Saya syorkan kepada anda ziddu.com. Ziddu.com akan membayar kepada anda beberapa sahaja file yang didownload oleh orang ramai di internet. Sebagai contoh anda berkongsi file " mp3" setiap kali ada visitor yang datang mendownload, anda akan mendapat earning daripadannya..tidakkan ianya menguntungkan?? :).

Berikut adalah screen shot dari earning yang saya dapat dari hasil file yang dikongsikan oleh saya selepas beberapa ketika.. ianya amat berkesan!!!!


Tips dari saya untuk berkongsi file ini ialah
1)File yang slalu orang cari
2)Jangan melanggar TOS. Jangan yang ada Copyright dll.

>>> MAHU MENDAFTAR KLIK DI SINI <<<<

Selepas mendaftar, selamat berkongsi file dan mendapat earning darinya.Gudluck.!! :)

Read more...

Carigold.Com Malaysia Forum Best Lepak!

>> Friday, April 23, 2010


Salam sejahtera. Hari ini hari sabtu tetapi saya ada sekolah ganti mengantikan hari isnin bulan 9 nanti. Sedikit kepenatan kerana pada minggu lepak agak stress dengan komitmen kerja. Byk yang perlu difikir dan disiapkan. Jadi mood untuk mengajar hari ini agak low sedikit.

Ok pada hari ini saya ingin berkongsi (bukan promote k...) satu forum yang saya selalu juga kunjungi suatu ketika dahulu dan ia merupakan forum yang sangat berpengaruh di Malaysia iaitu Carigold.com. Yang uniknya forum ini ia mempunyai "Moderator" yang sentiasa mengawal akan thread2 baru yang muncul, jadi xdela isu yang dibincangkan yang mengarut2...huhu...Forum nie banyak visitor yang kunjungi setiap hari sehinggakan ada yang tak tidur malam kerana asyik berforum..huhu.. (kul 3pagi pun masih lagi visitor sampai ratus2 ...byk tue... ). Yang bestnya di Carigold.Com (CG) nie ramai orang bercerita tentang dunia Internet Marketing, Forex (ramai budak2 forex lepak & bincang kat sini), Dunia MLM, Non-MLM dan banyak lagi yang boleh dikatakan agak Fresh dan Panas2!!.....segala maklumat terbaru juga akan ada ditampal(diposting) dekat situ.. jadi ramai yang jadi ketagih untuk membaca dan memposting di CG..huhu...

Kat CG juga ada juga bincang pasal artis, pasal isu-isu politik, dan semuanya adalah yang terbaru dan yang latest.. jadi bagi korang yang xde buat ape-ape kerja boleh lah lepak di forum CG nie dan bacelah berbagai2 isu yang panas2!! yang lucu2 dan bermacam2 lagi... Saya juga satu ketika dahulu agak ketagih lepak di CG...tapi sekarang saya dah kurang untuk lepak di sana, jarang2 je kerana agak sibuk dan tiada masa untuk menghabiskan masa di sana..Jadi bagi korang yang rasa tiada kerja, boleh la pegi di sana dan berforum la cara yang berhemat. Bagi saya forum ini adalah BEST!! Thumbs up!!

Klik sini ke Carigold.Com

CikguPijieJustify Fullcikgupijie(at)gmail.com

Read more...

Dapat idea dari Ebook!

>> Thursday, April 1, 2010


Salam. saya baru sahaja habis membaca ebook Percuma dari usahawan internet Malaysia, iaitu saudara Jamal "Panduan Menulis Ebook" buatebook.com. Minda saya sedikit terbuka selepas membacanya dimana saya begitu kagum akan kekuasaan Ebook yang mampu menjana pendapatan ribuan ringgit dalam masa beberapa bulan..wow!!.

Saya juga terdetik.."adakah aku pun boleh buat macam dia?" Ya.... kita pun boleh melakukannya.. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Saya bukan apa, bagus juga menulis Ebook ini, sekurang-kurangnya ianya boleh dijadikan sebagai satu hobi dimasa lapang. :)

Sudah bermain di benak fikiran saya beberapa perkara yang boleh dijadikan sumber untu menulis Ebook. Jadi selepas ini saya akan cuba untuk membuat beberapa experimentasi untuk mencapai sasaran menulis sebuah Ebook. Beberapa Niche saya sudah fikirkan dan ianya saya rasa ada potensi :). Jadi, doakan kejayaan saya k.

cikgupijie(at)gmail.com




Read more...

Membina Reputasi, Mencari Niche & Membina Backlink Dengan Pantas Target Blogger Makes Money!

>> Wednesday, March 31, 2010

Salam. hari ini saya agak keletihan namun masih lagi tidak putus asa untuk mencari dan belajar sesuatu di sini. Besok sudah bermula April 2010 bulan baru , namun saya masih lagi tetap sama dan tiada perubahan yang besar dalam diri saya. Ini merupakan sesuatu yang saya fikir saya selalu ketinggalan berbanding orang lain. Namun begitu saya masih lagi bersemangat untuk cuba buat yang terbaik.

Sudah 1 tahun saya mula belajar berblogging dan ada di antara rakan-rakan diluar saya kenal akan saya. Bermula dengan blog "CikguPijie.Com" ramai saya dapat kenalan dari sana sehingga lah uwang yang mengatasi segalanya. Sekarang blog itu tinggal kenangan. Namun, saya cuba usahakan sesuatu agar apa yang saya pelajari ini tidak hilang begitu sahaja kerana saya yakin akan diri saya. Saya anggapkan semua ini adalah asam garam hidup sebagai guru dan sebagai blogger di alam maya ini.

Membina Reputasi
Ramai yang cuba membina blog dan kebanyakkan menggunakan nama sendiri sama seperti saya (cikgupijie.blogspot.com) :). Ini adalah bertujuan untuk membina reputasi dalam alam cyber ini. Tidak kira apa niche yang kita ceburi mesti ada nama-nama besar yang akan bermain di benak fikiran anda. Jadi jika anda ingin jadi seorang blogger yang hebat cubalah bina reputasi anda seperti mereka :).

Mencari Niche
Sebut sahaja niche ramai blogger makes money yang kebinggungan memikirkan apa niche yang bersesuaian dan yang mendapat trafik yang banyak dan apa yang orang diluar sana inginkan :).

Membina Backlink
Bila sahaja blog di create maka bermulalah blogger untuk membina backlink sebanyak mungkin. Tidak kira la backlink itu di buat secara halal.Tidak kurang juga yang mencuri backlink dari blog orang lain :)

Yang penting di sini, tidak kira apa yang anda lakukan yang penting anda mesti "FOKUS". Kalau anda tidak fokus mungkin kerja yang anda lakukan adalah sia-sia.

ok.cukuplah disini. nanti saya akan coretkan lagi apa yang bermain di fikiran saya. :). Terima kasih atas kunjungan anda.

CikguPijie(at)gmail.com.

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP