Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

6 Hacker Terhebat di Dunia!

>> Thursday, June 10, 2010

1.) Jonathan James

James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

2.) Adrian Lamo

Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.

3.) Kevin Mitnick

Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.

Antara yang dia lakukan :

-Mengkaburi FBI

-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)

-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.

-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems

Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.

Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.

4.) Kevin Poulsen

Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.

5.) Robert Tappan Moris

Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!

Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!

6.) Karl Koch

Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya *censored*UP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.

Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.

Read more...

(Astro) Pakej Mustika Best ker??

>> Saturday, April 24, 2010


Hari ni Astro baru nak pasang satelit kat rumah saya. Lembab betul dah 2minggu tunggu baru hari nie nak pasang. Ape2 pun baguslah bolehlah sambung tgk AF8 yang xbest pasnie..huhu. Bercerita tentang Astro la saya ada melanggan Pakej Mustika. Rasa-rasanya best x pakej nie??



Saya malas nak melanggan Channel Sukan cos saya xminat tgk bola orang putih... huhuhu... jarang2 je tgk...x la sampai follow... liga M layan gak...cos smlm Kelate menang 3-0 dengan KL Plus..yes!! Harap2 best la Pakej Mustika Astro yang saya ambil nie. Coz saya layan gak rancangan Spontan dalam pakej nie..huhu (ade tgk lam Youtube...lawak giler...) . tapi dah kurang ceria rasanya rancangan Spontan nie cos ketiadaan Allahyarham Din Beramboi....sob sob..:(..

Ape2 pun harap best la pakej nie... jangan la nanti diulang2 plak cerita...mesti bosan las kalau tgk cerita yang sama jer. Aper2 pun trademark Astro " Macam-Macam ada....." ..huhu.. K la nak sambung gi edit blog Adsense saya. Ahad yang lembab nie best jgk sambung tido n rehat2 kan minda. K jumpa lagi rakan2..Terima kasih kerana berkunjung..

CikguPijie
cikgupijie(at)gmail.com

Read more...

Carigold.Com Malaysia Forum Best Lepak!

>> Friday, April 23, 2010


Salam sejahtera. Hari ini hari sabtu tetapi saya ada sekolah ganti mengantikan hari isnin bulan 9 nanti. Sedikit kepenatan kerana pada minggu lepak agak stress dengan komitmen kerja. Byk yang perlu difikir dan disiapkan. Jadi mood untuk mengajar hari ini agak low sedikit.

Ok pada hari ini saya ingin berkongsi (bukan promote k...) satu forum yang saya selalu juga kunjungi suatu ketika dahulu dan ia merupakan forum yang sangat berpengaruh di Malaysia iaitu Carigold.com. Yang uniknya forum ini ia mempunyai "Moderator" yang sentiasa mengawal akan thread2 baru yang muncul, jadi xdela isu yang dibincangkan yang mengarut2...huhu...Forum nie banyak visitor yang kunjungi setiap hari sehinggakan ada yang tak tidur malam kerana asyik berforum..huhu.. (kul 3pagi pun masih lagi visitor sampai ratus2 ...byk tue... ). Yang bestnya di Carigold.Com (CG) nie ramai orang bercerita tentang dunia Internet Marketing, Forex (ramai budak2 forex lepak & bincang kat sini), Dunia MLM, Non-MLM dan banyak lagi yang boleh dikatakan agak Fresh dan Panas2!!.....segala maklumat terbaru juga akan ada ditampal(diposting) dekat situ.. jadi ramai yang jadi ketagih untuk membaca dan memposting di CG..huhu...

Kat CG juga ada juga bincang pasal artis, pasal isu-isu politik, dan semuanya adalah yang terbaru dan yang latest.. jadi bagi korang yang xde buat ape-ape kerja boleh lah lepak di forum CG nie dan bacelah berbagai2 isu yang panas2!! yang lucu2 dan bermacam2 lagi... Saya juga satu ketika dahulu agak ketagih lepak di CG...tapi sekarang saya dah kurang untuk lepak di sana, jarang2 je kerana agak sibuk dan tiada masa untuk menghabiskan masa di sana..Jadi bagi korang yang rasa tiada kerja, boleh la pegi di sana dan berforum la cara yang berhemat. Bagi saya forum ini adalah BEST!! Thumbs up!!

Klik sini ke Carigold.Com

CikguPijieJustify Fullcikgupijie(at)gmail.com

Read more...

Tips Lulus Temuduga Medsi Munsyi 2010

>> Wednesday, April 21, 2010


Salam sejahtera. Sudah lama saya tidak mengupdate blog saya yang tidak seberapa ini. Banyak fokuskan benda lain. Ianya berkaitan blog jugak. mintak maaf ya. :). Ok pada hari ini saya fokuskan sedikit kepada topik di atas. Minggu ini bermula Temuduga Medsi dan Munsyi untuk kemasukkan ke universiti dan kebanyakkannya adalah jurusan pendidikan. Adik saya juga adalah lepasan STPM yang akan menduduki Temuduga Medsi dan Munsyi ini pada hari Sabtu ini.

Jadi saya cuma nak kongsikan sedikit pengalaman saya tetapi bukanlah pengalaman saya menduduki ujian di atas, tetapi mengikut pengalaman saya menduduki Ujian KPLI pengambilan Tahun 2006 dahulu sehinggalah saya bergelar seorang guru sekarang. :)

Ia mengikut pendapat sayalah, (tidaklah begitu tepat ya... :)) )

1. Cuba jawab soalan dan bayangkan kepada orang lain dan tidak kepada diri sendiri.
2. Lebih kepada gomen (goverment...:)) )
3. Bersikap lebih "free" dan terbuka..sebab daripada jawapan anda ia boleh membayangkan sikap anda.
4. fokus kepada apa yang ingin anda capai.
5. doa, tawakal (jangan lupa k...)

Pendapat anda...??cube kita senaraikan sama-sama...thanks....he2....

gudluck kepada semua calon Medsi 2010 sekalian...harap dapat masuk U.

Cikgupijie cikgupijie(at)gmail.com


Read more...

Aplikasi Game dan Gift di Facebook siapa yang untung?

>> Friday, April 9, 2010


Saban hari semakin meningkat pengguna facebook di dunia.Virus positif dalam sejarah social networking ini telah memecahkan rekod global apabila kedudukan traffic web ini pada ranking ke-3 keseluruhannya.Namun, samada kita perasan atau tidak sector kerajaan atau private juga memberi tindak balas yang memberansangkan terhadap kepesatan laman social ini.Secara amnya, disebalik social network ini, ada strategi bisnes yang kita tidak terfikir.Semasa anda membaca nota ini, sila pandang ke tepi , pelbagai iklan dipaparkan.Inilah salah satu income yang paling lumayan buat warga kerja facebook.Namun sedemikian,peluang ini tidak terbuka untuk staff Zuckerbag sahaja tetapi ia amat bernilai bagi mereka yang pandai mencari peluang untuk meraih keuntungan yang tidak terhingga.

Game dan aplikasi Gift di facebook.

Secara rambangnya , kebanyakan individu yang melayari facebook amat gemar untuk bermain game dan menggunakan aplikasi seperti gift.Benda yang kelihatan agak simple ini sebenarnya ada motif yang anda perlu tahu:

Pertama : Bila anda ‘allow’kan sesebuah aplikasi /game di facebook ,ia sebenarnya telah menyumbang beberapa kredit kepada si pembuatnya.Mungkin anda pernah dengar program pay per click yang dimasyhurkan oleh google suatu ketika dulu dan bertahan sampai sekarang.Namun, disebabkan medium facebook ini lebih ramai pengunjung serta mempunyai berbillion ahli yang aktif, maka wujud pula pay per impression.Pay per impression adalah iklan yang di tayangkan sama ada di kiri, kanan,atas dan bawah sesebuah aplikasi apabila kita click allow dan masok.Program ini lebih mudah kerana ia tidak perlu di klik,hanya apabila iklan itu dipaparkan sahaja si pembuatnya akan mendapat kredit daripada pengguna.

Secara tidak lansung kita sebenarnya telah menyumbang kepada duit poket orang lain.Percaya atau tidak,selepas anda masuk sesebuah aplikasi anda akan di minta untuk menghebohkan kepada rakan anda yang lain atau ia di panggil ‘friend invitation’.Bayangkan sekiranya anda rekemenkan sesebuah aplikasi itu kepada 10 rakan anda kemudian 10 rakan anda lagi menjemput kepada 10 lagi sehinggalah menjadi juta-juta dan berbillion yang menggunakannya.Ironinya,siapakah yang untung di sini?anda sendiri pun boleh fikir…Terlalu mudah untuk orang lain mengambil kesempatan dan menjadi jutawan dengan mempergunakan kita.Sekiranya satu impression di bayar oleh syt pengiklanan (yang paling masyhur Rocksyou.com) sebanyak 10sen,kemudian 1 juta yang menggunakannya (pengguna facebook di Malaysia) sudah RM100 ribu masuk poket pembuatnya.Itupun hanya dua tiga minggu,kalau sebulan,setahun dan bertahun-tahun..memang pembuatnya hanya akan duduk dan goyang kaki sahaja menghitung wang.

Kesimpulannya

Mengapa kita tidak terfikir network atau kawan-kawan yang kita ada itu boleh menyumbangkan pendapatan kepada kita?Seperti mudahnya pembuat aplikasi dan game itu mendapat duit dan mempergunakan kita.Majulah setapak dan tukar cara kita berfikir.Sebagai contoh, memang tidak logik tiket penerbangan berharga RM 1,tapi inilah hakikat dan cara berfikir orang yang bijak mengambil peluang sehinggalah Tony Fernandos dinobatkan CEO Penerbangan terbaik asia bagi syarikatnya Air Asia.Dari khayalan menjadi kenyataan..Facebook sebenarnya bukan dicipta secara sia-sia,ia bermotifkan perniagaan dan memberi peluang kepada yang ingin merebutnya.Jom kita sama-sama ubahkan facebook kita menjadi duit sekarang.Tidak payah,jangan berfikir seperti golongan pintar yang menjawab ‘2+2=4’, ‘facebook hanya laman social dan untuk berkenalan semata’ ‘orang masuk facebook hanya untuk mengisi masa kosong’.Tapi berfikirlah seperti Umar Al Kattab,daripada Islam di Madinah boleh berkembang kepada 2/3 dunia..seperti wright bersaudara..daripada besi menjadi kapal besi yang boleh terbang,alexander graham bell, dari dawai menjadi alat penghubung antara benua.Memang benar 2+2=4, tetapi sejauh manakah ia boleh merubah nasib hidup kita.Kebenaran tidak menukarkan arus eletrik menjadi cahaya, tidak menukarkan air menjadi tenaga,tidak memindahkan padi di lalang ke dalam pinggan.Kebenaran tidak mencipta idea untuk resepi baru atau fesyen rambut yang baru.Fikir-fikirkanlah.Bersedia untuk berubah dengan facebook,massage minat anda ke inbox saya.Alami revolusi perubahan di facebook sekarang.Masih belum terlambat.


credit : buaya-merah


cikgupijie(at)gmail.com

Read more...

Dapat idea dari Ebook!

>> Thursday, April 1, 2010


Salam. saya baru sahaja habis membaca ebook Percuma dari usahawan internet Malaysia, iaitu saudara Jamal "Panduan Menulis Ebook" buatebook.com. Minda saya sedikit terbuka selepas membacanya dimana saya begitu kagum akan kekuasaan Ebook yang mampu menjana pendapatan ribuan ringgit dalam masa beberapa bulan..wow!!.

Saya juga terdetik.."adakah aku pun boleh buat macam dia?" Ya.... kita pun boleh melakukannya.. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Saya bukan apa, bagus juga menulis Ebook ini, sekurang-kurangnya ianya boleh dijadikan sebagai satu hobi dimasa lapang. :)

Sudah bermain di benak fikiran saya beberapa perkara yang boleh dijadikan sumber untu menulis Ebook. Jadi selepas ini saya akan cuba untuk membuat beberapa experimentasi untuk mencapai sasaran menulis sebuah Ebook. Beberapa Niche saya sudah fikirkan dan ianya saya rasa ada potensi :). Jadi, doakan kejayaan saya k.

cikgupijie(at)gmail.com




Read more...

Result SPM 2009!

>> Thursday, March 11, 2010

Salam. Pada pagi ini saya kesekolah untuk hadiri acara sukan tahunan sekolah. selepas itu saya ke dewan mesra simunjan untuk menyaksikan perlawanan akhir sekolah saya (Smk Simunjan No.1) menentang Smk Balai ringin. Pada awalnya sekolah saya menang untuk regu A. Tetapi tewas untuk regu B ( bawah 15thn). Nasib Regu C menang. tue pun main sampai 3 set. puah hati gi tgk.. mau tak nya 2 org wakil sekolah nie main untuk MSS Sarawak tahun lepas..huhu..
Selepas itu saya kesekolah untuk melihat result spm 2009 yang dh diumumkan. Mula-mula tgk untuk chemistry 5A.. sedikit kehampaan apabila 4org calon gagal.. untuk kelas sains (5B) puah hari kerana calon yang saya target A dapat A... 11 org je calon yang gagal science dari satu sekolah. 92.2%...Alhamdulillah..
Chemistry saya mmg tidak berpuas hati la keputusan ini. memandangkan ini adalah tahun pertama saya mengajar ia menguatkan saya kepada cabaran yang saya hadapi.. ia menyedarkan saya bahawa kepentingan untuk mendekati para pelajar yang lemah....saya akan terus berusaha untuk tahun-tahun yang mendatang...perubahan drastik saya akan lakukan...
Insyallah saya akan lakukan yang terbaik untuk para pelajar saya.

Read more...

CikguPijie is alive!

>> Sunday, January 31, 2010

Hello........starting its back...!

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP