Aplikasi Game dan Gift di Facebook siapa yang untung?

>> Friday, April 9, 2010


Saban hari semakin meningkat pengguna facebook di dunia.Virus positif dalam sejarah social networking ini telah memecahkan rekod global apabila kedudukan traffic web ini pada ranking ke-3 keseluruhannya.Namun, samada kita perasan atau tidak sector kerajaan atau private juga memberi tindak balas yang memberansangkan terhadap kepesatan laman social ini.Secara amnya, disebalik social network ini, ada strategi bisnes yang kita tidak terfikir.Semasa anda membaca nota ini, sila pandang ke tepi , pelbagai iklan dipaparkan.Inilah salah satu income yang paling lumayan buat warga kerja facebook.Namun sedemikian,peluang ini tidak terbuka untuk staff Zuckerbag sahaja tetapi ia amat bernilai bagi mereka yang pandai mencari peluang untuk meraih keuntungan yang tidak terhingga.

Game dan aplikasi Gift di facebook.

Secara rambangnya , kebanyakan individu yang melayari facebook amat gemar untuk bermain game dan menggunakan aplikasi seperti gift.Benda yang kelihatan agak simple ini sebenarnya ada motif yang anda perlu tahu:

Pertama : Bila anda ‘allow’kan sesebuah aplikasi /game di facebook ,ia sebenarnya telah menyumbang beberapa kredit kepada si pembuatnya.Mungkin anda pernah dengar program pay per click yang dimasyhurkan oleh google suatu ketika dulu dan bertahan sampai sekarang.Namun, disebabkan medium facebook ini lebih ramai pengunjung serta mempunyai berbillion ahli yang aktif, maka wujud pula pay per impression.Pay per impression adalah iklan yang di tayangkan sama ada di kiri, kanan,atas dan bawah sesebuah aplikasi apabila kita click allow dan masok.Program ini lebih mudah kerana ia tidak perlu di klik,hanya apabila iklan itu dipaparkan sahaja si pembuatnya akan mendapat kredit daripada pengguna.

Secara tidak lansung kita sebenarnya telah menyumbang kepada duit poket orang lain.Percaya atau tidak,selepas anda masuk sesebuah aplikasi anda akan di minta untuk menghebohkan kepada rakan anda yang lain atau ia di panggil ‘friend invitation’.Bayangkan sekiranya anda rekemenkan sesebuah aplikasi itu kepada 10 rakan anda kemudian 10 rakan anda lagi menjemput kepada 10 lagi sehinggalah menjadi juta-juta dan berbillion yang menggunakannya.Ironinya,siapakah yang untung di sini?anda sendiri pun boleh fikir…Terlalu mudah untuk orang lain mengambil kesempatan dan menjadi jutawan dengan mempergunakan kita.Sekiranya satu impression di bayar oleh syt pengiklanan (yang paling masyhur Rocksyou.com) sebanyak 10sen,kemudian 1 juta yang menggunakannya (pengguna facebook di Malaysia) sudah RM100 ribu masuk poket pembuatnya.Itupun hanya dua tiga minggu,kalau sebulan,setahun dan bertahun-tahun..memang pembuatnya hanya akan duduk dan goyang kaki sahaja menghitung wang.

Kesimpulannya

Mengapa kita tidak terfikir network atau kawan-kawan yang kita ada itu boleh menyumbangkan pendapatan kepada kita?Seperti mudahnya pembuat aplikasi dan game itu mendapat duit dan mempergunakan kita.Majulah setapak dan tukar cara kita berfikir.Sebagai contoh, memang tidak logik tiket penerbangan berharga RM 1,tapi inilah hakikat dan cara berfikir orang yang bijak mengambil peluang sehinggalah Tony Fernandos dinobatkan CEO Penerbangan terbaik asia bagi syarikatnya Air Asia.Dari khayalan menjadi kenyataan..Facebook sebenarnya bukan dicipta secara sia-sia,ia bermotifkan perniagaan dan memberi peluang kepada yang ingin merebutnya.Jom kita sama-sama ubahkan facebook kita menjadi duit sekarang.Tidak payah,jangan berfikir seperti golongan pintar yang menjawab ‘2+2=4’, ‘facebook hanya laman social dan untuk berkenalan semata’ ‘orang masuk facebook hanya untuk mengisi masa kosong’.Tapi berfikirlah seperti Umar Al Kattab,daripada Islam di Madinah boleh berkembang kepada 2/3 dunia..seperti wright bersaudara..daripada besi menjadi kapal besi yang boleh terbang,alexander graham bell, dari dawai menjadi alat penghubung antara benua.Memang benar 2+2=4, tetapi sejauh manakah ia boleh merubah nasib hidup kita.Kebenaran tidak menukarkan arus eletrik menjadi cahaya, tidak menukarkan air menjadi tenaga,tidak memindahkan padi di lalang ke dalam pinggan.Kebenaran tidak mencipta idea untuk resepi baru atau fesyen rambut yang baru.Fikir-fikirkanlah.Bersedia untuk berubah dengan facebook,massage minat anda ke inbox saya.Alami revolusi perubahan di facebook sekarang.Masih belum terlambat.


credit : buaya-merah


cikgupijie(at)gmail.com

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP