Adsense my 2nd Income!

>> Saturday, April 30, 2011


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para Followers blog saya ini. saya amat hargai akan sokongan anda. terima kasihx1000.....:).


Saya sebenarnya perasaan gembira yang bercampur baur sebenarnya...kenapa? kerana pada bulan ini (Mei 2011) saya akan menerima gaji pertama saya dengan Adsense. Segala penat lelah saya belajar, masa yang dihabiskan, penantian yang sangat menyiksakan, akhirnya saya dapat apa yang saya mahukan pada bulan ini. Saya merasakan sangat gembira kerana apa yang saya buat ini berhasil. setelah bertahun lamanya, ada turun naiknya, saya tidak pernah berputus asa, kerana saya yakin saya juga mampu berjaya mcm orang lain juga. Ini adalah perkara yang saya amat nantikan juga.

Ini lah yang dinamakan rezeki. Saya tidak lah begitu fokus akan benda ini kerana saya buat ini sebagai suatu hobi di masa lapang sahaja. Kerja hakiki saya, saya tidak pernah abaikan. Di sini lah pentingnya jika kita fokus akan kerja kita, mempunyai matlamat yang jelas, mutu kerja yang bagus, InsyAllah kita akan diberikan ganjaran yang sewajarnya jelas bersandarkan pada apa yang telah kita berikan. Sememangnya suatu yang berbaloi yang dapat saya gambarkan disini.

Saya amat berterima kasih, terutamanya kepada Isteri tercinta (Nor Adilah bt Abd Ghani), yang tidak pernah henti2 utk berikan sokongan kepada saya.... yang paling saya hargai juga adalah sifu saya, saudara Syed Ikhwan. Beliaulah yang byk membimbing saya, memberi khidmat nasihat, memberi kata2 perangsang semangat kepada saya walaupun saya pernah ada motivasi yang pasang surut. Beliaulah yang banyak membantu saya. Saya amat hargai beliau. tanpa beliau saya rasa saya tidak akan dapat belajar sesuatu disini. Terima kasih syed!

Saya tanamkan dalam diri saya supaya saya mampu buat lebih baik dari ini. Ia membakar semangat saya untuk teruskan meningkatkan Earnings Adsense saya ini. Semoga Adsense menjadi sumber kewangan saya yang ke-2. InsyAllah.

cikgupijie
cikgupijie(@)gmail.com

1 comments:

Admin April 30, 2011 at 9:18 AM  

jom pi amik gaji..... :)

Post a Comment

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP