Payment Google Adsense Mei 2011- RM301.88

>> Friday, May 27, 2011

Assalamualaikum. masa posting ini ditulis saya sekarang berada di negeri asal saya, Kelantan negeri tercinta! :). sebenarnya saya sudah lama ingin menulis entry ini tetapi saya sangat sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Oleh sebab itu entry ini tertangguh. :). Sekarang saya dalam "school holiday" jadi saya mempunyai sedikit masa untuk menulis di blog terutama utk mengepost entry ini. :)

Berbalik kepada tajuk entry ni, saya menerima Payment dari Google Adsense setelah hampir dua tahun saya mengkaji dan mencuba untuk membuat duit dari Google Adsense ini. Akhirnya, pada akhir bulan Mac 2011, earnings saya sudah cukup $102.84 USD..jadi Pada April 2011 earnings ini di finalized then barulah pada awal bulan Mei 2011, iaitu pada 9/5/2011 saya widraw earnings Adsense saya ini di bank BSN, di Serian Sarawak. Alhamdulillah... :). Selepas cukup $102.84USD pada akaun saya tercatat report seperti dibawah pada akaun Google Adsense saya.... :)


$102.84 USD (klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih besar dan jelas)

Pada mulanya, di tempat saya bekerja iaitu Simunjan, Sarawak cuma ada Agro Bank, tetapi saya agak hampa kerana di Bank ini tidak ditawarkan Perkhidmatan Penerimaan Wang Western Union, menyebabkan saya bergegas ke Bandar Serian, Sarawak untuk widraw duit Adsense ini. Perjalanan dari Simunjan-Serian mengambil masa 1 jam 30 minit. Berikut adalah screen shot di mana borang Western Union BSN yang telah siap di isi.. :).

(klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih besar dan jelas)

Selepas kerani BSN itu memproses Borang Western Union ini, selepas semuanya Approve dia pun mencetak la Statement Payment yang dibuat..Pada masa itu USD jatuh teruk...rates pada masa itu adalah 1 USD=RM2.93. Setelah dikira dan di convert kepada RM, akhirnya $102.84 X 2.93 = RM301.88 ! Berikut adalah statement dari bank tadi....:)

(klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih besar dan jelas)

Berkat kesabaran saya setelah hampir 2 tahun dalam bidang ini agak berbaloi. Saya tidak sangka kerana daripada internet juga saya mampu untuk membuat sedikit uang... :). Walaupun saya tidaklah terlalu fokus kepada Google Adsense. Ianya adalah hobi pada masa lapang saya sahaja!, namun saya juga mampu cipta sedikit kejayaan :). Lihatlah hasilnya... payment daripada Eanings tadi...Alhamdulillah... :)

(klik pada gambar untuk melihat dengan paparan yg lebih besar dan jelas)

Payment yang seterusnya InsyAllah pada August ini... InsyAllah.. :). Sesiapa yang ingin menjana Wang Adsense ini, bolehlah mencari saya di laman Facebook, dengan kata kunci nama saya Mohd Hafizee Musa (Cikgu Pijie).

semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya.. InsyAllah. Assalamualaikum.

** P/s : perkongsian ini adalah ilmu semata-mata, bukan tujuan untuk riak dan menunjuk-nunjuk. harap maklum. terima kasih.

Cikgu Pijie
cikgupijie@gmail.com









0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP