Kursus Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja Daerah Bera 2022

>> Thursday, August 4, 2022

 Assalamualaikum. rasanya sudah hampir 10 tahun aku tidak menulis di blog....tengok blog pun dah bersawang..😂😂..haha..jadi ini aku amik peluang untuk mula balik sekadar mengisi masa lapang dan luahan apa-apa program yang aku telah buat sebagai kenang-kenangan. Sebab aku tengok blogspot ni simple,ringkas dan senang untuk update sesuatu.

Baik...aku dah lama xaktif dengan pengakap ni since PKP Covid-19 ...kira 2 tahun la terkurung tanpa sebarang program Pengakap...nie Program Pertama la aku rancang dengan rakan-rakan ADC yang lain. Since diorang lantik aku sebagai ADC Program walaupun aku sebenarnya xberani nak amik tugasan ni sebab bagi aku tugasan Program ni berat. nak rancang aktiviti Daerah....since aku takut aku xcukup masa. Tapi disebabkan aku rasa tanggungjawab dengan Pengakap maka aku sahut cabaran ini..walaupun aku tau yang ramai lagi dalam daerah yang lebih layak..


Program ini sebenar dirancang pada waktu pagi tetapi pihak PPD bagi nasihat untuk buat petang..Kami akur dan jalankan pada waktu petang. dari jam 2.30- 6ptg. masak juga la pagi mengajar, petang hantar budak dan nak urus program ini lagi...lagipun banyak sekolah rendah dan menengah datang dari jauh...mereka nak pulang lagi...nak buat macamana dah arahan macam itu....terpaksa juga la buat....

Alhamdulillah program ini berjalan dengan baik. Dengan penyertaan seramai lebih kurang 250 orang juga ahli Pengakap di sekolah-sekolah Daerah Bera... Boleh dikatakan ramai la sekolah yang turun...Alhamdulillah bagi aku program ini walaupun masanya yang terhad tapi berjaya menghimpunkan ramai ahli pengakap Daerah Bera ..



Program ini hanyalah pengenalan sahaja, tetapi ahli pengakap dapat tau lah laluan mereka untuk dapatkan Rambu Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja seterusnya ke Pengakap Raja... jadi target aku akan lahirlah Pengakap Raja dari Daerah aku dalam masa 3-4 tahun lagi..Inshallah..

dengan wakil ahli pengakap sekolah SMK Bukit Mendi dan Pemimpin

Aku pun ada menghantar bersama 8 orang ahli Pengakap dari Sekolah aku SMK Bukit Mendi Kumpulan 03. Inshallah tu adalah permulaan untuk aku dan sasaran aku nak lahirkan Pengakap Raja, tp itu pun kalau mereka betul-betul serius...

sekian.

bergambar kenangan bersama Timb PPD Bera Ustaz Faizal, Pengetua SMJK Triang, PK Ko SMJK Triang dan rakan ADC Pengakap Bera


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP