Membina Reputasi, Mencari Niche & Membina Backlink Dengan Pantas Target Blogger Makes Money!

>> Wednesday, March 31, 2010

Salam. hari ini saya agak keletihan namun masih lagi tidak putus asa untuk mencari dan belajar sesuatu di sini. Besok sudah bermula April 2010 bulan baru , namun saya masih lagi tetap sama dan tiada perubahan yang besar dalam diri saya. Ini merupakan sesuatu yang saya fikir saya selalu ketinggalan berbanding orang lain. Namun begitu saya masih lagi bersemangat untuk cuba buat yang terbaik.

Sudah 1 tahun saya mula belajar berblogging dan ada di antara rakan-rakan diluar saya kenal akan saya. Bermula dengan blog "CikguPijie.Com" ramai saya dapat kenalan dari sana sehingga lah uwang yang mengatasi segalanya. Sekarang blog itu tinggal kenangan. Namun, saya cuba usahakan sesuatu agar apa yang saya pelajari ini tidak hilang begitu sahaja kerana saya yakin akan diri saya. Saya anggapkan semua ini adalah asam garam hidup sebagai guru dan sebagai blogger di alam maya ini.

Membina Reputasi
Ramai yang cuba membina blog dan kebanyakkan menggunakan nama sendiri sama seperti saya (cikgupijie.blogspot.com) :). Ini adalah bertujuan untuk membina reputasi dalam alam cyber ini. Tidak kira apa niche yang kita ceburi mesti ada nama-nama besar yang akan bermain di benak fikiran anda. Jadi jika anda ingin jadi seorang blogger yang hebat cubalah bina reputasi anda seperti mereka :).

Mencari Niche
Sebut sahaja niche ramai blogger makes money yang kebinggungan memikirkan apa niche yang bersesuaian dan yang mendapat trafik yang banyak dan apa yang orang diluar sana inginkan :).

Membina Backlink
Bila sahaja blog di create maka bermulalah blogger untuk membina backlink sebanyak mungkin. Tidak kira la backlink itu di buat secara halal.Tidak kurang juga yang mencuri backlink dari blog orang lain :)

Yang penting di sini, tidak kira apa yang anda lakukan yang penting anda mesti "FOKUS". Kalau anda tidak fokus mungkin kerja yang anda lakukan adalah sia-sia.

ok.cukuplah disini. nanti saya akan coretkan lagi apa yang bermain di fikiran saya. :). Terima kasih atas kunjungan anda.

CikguPijie(at)gmail.com.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP